Isnin, 24 November 2014

My weekend?

Great!

Sebab :

1. Aku masak asam pedas ikan pari. Aku sebenarnye bukan tak boleh masak just kadang2x tu aku memang malas.So aku suruh mak aku ajar cara nak masak ikan pari sebab aku rasa HN suka makan lauk ni. Mak cakap, ikan pari or pape je ikan yang hanyir (aku rase semua ikan hanyir kan?) kena lumur dengan tepung @ asam jawa @ limau nipis. Andddd kalau nak lagi gempak, beli je limau nipis RM2.00 kat kedai, then blender sume skalik, dan lumur je kat ikan dan tos kan kejap.InsyaAllah bau hanyir hilang.

Pastu, blender cili, bawang putih and merah, sedikit serbuk kari (bahan untuk cili). Ikan pari tu tadi, lepas dah basuh, silelah lumur dengan kunyit hidup untuk dapat kaler asam pedas yang cantik. Pastu tumis cili sampai naik minyak, masukkan ikan, air asam jawa, garam, mak aji sikit, terung ke bendi ke, biar mendidih smpai pecah minyak. Lastly masukkan daun kesum ok. Kalau asam pedas ikan pari, bagus guna daun kesum. Kalau asam pedas ayam or ikan kembung, gunelah daun limau and serai. Tadaaa, our asam pedas dah siap.

Aku janji dengan HN, aku akan masakkan die asam pedas ni bile kahwin nanti.hehe :)

2. Aku takdelah terperap kat bilik. Aku ajak mak jenjalan ke klebang, makan steamboat and also balik kampung jumpe nenek.^.^

3. Aku stalk instagram HN anddd to my surprise, die upload gambar aku yang aku letak kat whatsapp!! sangatttt sweet okayyy. Tapi die tak tahu pun aku tahuuu. hihi. love you sayang :D

4. Itu sahaja. I'm back to work now. Hari ni hari isnin. wuwuwu.

XOXO.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan