Khamis, 27 November 2014

Jangan jadi gadis yang suke hati pergi confess kat lelaki.

Yup.Lelaki ni kalau die suke, die memang akan layan awak baik.Sampai kadang2x kite perempuan pun salah paham okay. Tapi tak semestinya die cinta. (hik). Kadang2x die suke tengok cara pemakaian awak yang sangat sopan, or die suke tengok perangai gile2x awk, kelembutan awak ke, cara awak study ke, cara awak bercakap dengan diorang ke, cara awak senyum ketawa makan, or die memang suke awak sebab awak cantik.

Layanan baik die pulak termasuklah :

  • Die akan selalu mesej dengan awak.
  • Die akan selalu calling awk.
  • Cepat je pujuk awak kalau awak merajuk.
  • Selalu cakap morning, nyte, blablabla.
  • Selalu tolong awk. 
  • Caring pasal awak ke.

Lepas tu awak pun perasan lah kan bile die dah selalu buat camni kat awk. Terus awak assume die suke awak sampai awak rase maybe die lah jodoh awk. So awak pun terus cakap awak suka kat die and nak kaple. Pleaselaaa. (baca : euw)

No girls. Serius cakaplah beb, selagi lelaki tu tak pernah cakap nak kahwin dengan korang or nak jadikan korang isteri secara serius, tolonglah jangan perahsantan tak memasal. Sebenarnye korang kena check dulu die jenis lelaki yang camne sebelum korang buat confession.

Sebab, yelah aku pernah 3 kali (waaaa maluuu y_y) buat confession berani mati kat lelaki and end up,ape aku dapat??? Hanye airmata menemani kehidupanku selepas itu. haha. Ini semua sebab zaman remaja dulu (sekarang pun masih remaja, ehem)  aku suke cepat perasan. U_U Entahlah kenapa aku selalu terjebak dalam hal begini. hehe.

Okay.

Korang girls, memula checklah laki tu jenis camne. Sebab lelaki ni memang banyak jenis. Macam aku 2 lelaki yang aku confess sebelum ni , berjenis seperti :

1. Baik rupelah jugak.
2. Pandai layan girls.I mean, ayat die sangat sweet and sangat bertimbang rasa.
3. Education yang baik.
4. Cool jugak.
5. Separuh bad boy. (Separuh sebab nak kata bad boy sangat pun tak, alim sangat pun tak sebab nakal jugak kadang2x).

Lelaki camni aku rasa, korang janganlah cakap suka kat diorang dulu. Sebab diorng ego sikit. hehe (sory guys). tapi memang ye tau. Nanti kalau korang cakap korang suka, mesti diorang akan jawab

---> Kalau ade jodoh, adelah (ayat reject lelaki paling sopan).

Kalau diorang dah cakap camni, korang takyahlah weh. Yes kalau korang still tunggu, its up to you la. Tapi korang takyahlah desperate depan diorang. Kalau korang dah tercakap suka then die balas camni, korang cool je and cakap : Okay! :) or whatsoeverla ayat yang cool sikit. 

Lepas tu korang buat macam biase je. Takyah la nak bagi hadiah ke ape sangat, wish birthday secara tepat pukul 12 a.m, tanya lebih2x pasal diorng. Just rileks je okay? Teruskan hidup korang walaupun korang macam dah tak keruan.Wahaha.( meh aku gelakkan korang sebab aku pun pernah kena dulu) 

Sebab lelaki ni, bile kita act cool kan, die akan wondering sebenarnye. Die rase macam, betul ke budak ni suka aku? Patu, korang biarlah die pulak cakap suke kat korang. hee. Jangan ulang cakap banyak kali tau girls yang korang suke kat diorang. Pastu tanya diorang suke kat korang ke tak. Takpayah mak pesan ni! grrr.

One thing  kena ingat : Lelaki kalau suke korang, die akan cakap kat korang die suka. 

Contoh macam:  

1. Aku sebenarnye suka kat kau. Jom kahwin!
(Cara tunang aku confess kat aku kat kedai buku) :>

2. Or maybe die mesej through FB cakap, aku suka kat kau. Kalau kau sudi, nak tak kite couple.
(Cara crush aku confess kat aku).

Yang penting ada perkataan suka, kahwin, kaple, dll. 

Kalau takat cakap suka then korang pun macam tak yakin je dengan confession diorng, korang jangan nak teruja dulu. Entah dengan semua kawan perempuan die, die cakap suke. Tulah aku suruh selidik dahulu die lelaki yang berjenis bagaimana. 

Girls,,please. Jangan cepat perasan. Cool je okay :D

Isnin, 24 November 2014

My weekend?

Great!

Sebab :

1. Aku masak asam pedas ikan pari. Aku sebenarnye bukan tak boleh masak just kadang2x tu aku memang malas.So aku suruh mak aku ajar cara nak masak ikan pari sebab aku rasa HN suka makan lauk ni. Mak cakap, ikan pari or pape je ikan yang hanyir (aku rase semua ikan hanyir kan?) kena lumur dengan tepung @ asam jawa @ limau nipis. Andddd kalau nak lagi gempak, beli je limau nipis RM2.00 kat kedai, then blender sume skalik, dan lumur je kat ikan dan tos kan kejap.InsyaAllah bau hanyir hilang.

Pastu, blender cili, bawang putih and merah, sedikit serbuk kari (bahan untuk cili). Ikan pari tu tadi, lepas dah basuh, silelah lumur dengan kunyit hidup untuk dapat kaler asam pedas yang cantik. Pastu tumis cili sampai naik minyak, masukkan ikan, air asam jawa, garam, mak aji sikit, terung ke bendi ke, biar mendidih smpai pecah minyak. Lastly masukkan daun kesum ok. Kalau asam pedas ikan pari, bagus guna daun kesum. Kalau asam pedas ayam or ikan kembung, gunelah daun limau and serai. Tadaaa, our asam pedas dah siap.

Aku janji dengan HN, aku akan masakkan die asam pedas ni bile kahwin nanti.hehe :)

2. Aku takdelah terperap kat bilik. Aku ajak mak jenjalan ke klebang, makan steamboat and also balik kampung jumpe nenek.^.^

3. Aku stalk instagram HN anddd to my surprise, die upload gambar aku yang aku letak kat whatsapp!! sangatttt sweet okayyy. Tapi die tak tahu pun aku tahuuu. hihi. love you sayang :D

4. Itu sahaja. I'm back to work now. Hari ni hari isnin. wuwuwu.

XOXO.



Jumaat, 21 November 2014

Hantaran :>

Aku berfikir untuk menyediakan semua barang di bawah ini untuk hantaran. Aku rasa semua ini adalah keperluan aku selain dari nak berjimat. Nati dah kahwin aku nak paw HN beli benda mahal. wekkk

1. Jam

Sebab aku memang takde jam.Aku selalu beli yang RM10 punye and kejap je dah rosak. So kali ini bolehla beli yang mahal sikit tapi aku doubt , adekah aku akan pakai jam itu nanti. haha. Sebab aku memang tak suke pakai pape kat tangan. Cincin HN acceptable. *wink wink* .Yang lain,,malas.

2. Set minyak wangi

Sebab standard kot perempuan suka minyak wangi punye set yang mahal tu. Itu idaman kami. haha. Entahla nak beli jenama ape. Elizabeth Arden ke? or Body shop je yang macam aku pakai selalu ni.

3. Telekung

Kuang ajau je kalau aku cakap aku tak pernah ade telekung kan? Haha. Ade tapi bukan yang mahal. So aku nak beli satu yang berkaler sikit.

4. Beg tangan.

Sebab entahle. Bukan suke sangat pun beg tangan and tak pernah ade yang mahal. Kalau tengok kat shoping beg tangan mahal pun aku just berangan sikit dan berjanji untuk beli bile gaji masuk. pastu balik rumah, aku dah lupa janji itu.haha.

5. Alquran

Need explanation?

6. Kek

Sebab kek itu boleh tulis nama HN and aku. euw.

7. Buah.

Buah baik untuk kesihatan.+.+

Thats all. Aku pun taktau kena letak sirih junjung atau tak payah. Aku kena tanya mak la pasni.

P/S : Aku and HN dah kawtim yang die beli barang sendiri and aku pun beli barang sendiri.pastu tukar.kebaikannye adelah :

1. Barang aku beli sikit (yahooo)

2. Aku tahu pilih barang sendiri dan aku memang tak tahu die nak barang ape.

3. Aku bolehla nak beli murah ke ape. Tak rasa bersalah sangat. Hihi.

So, barang hantaran akan dibeli sikit2x sebelum sampai bulan Oktober nanti.

Gudluck! :)

Aku :)

1.Rahsia
2.Rahsia
3.Rahsia
4. Aku study Engineering.
5. Sekarang bekerja di sebuah kilang di Malaysia.
6. I'm not an Engineer (and never wish to be one) :p
7. Aku sangat tidak berkenan dengan Matematik dan ape2x yang berkaitan dengannye.
8. Aku sangat suka makan dan selalu failed untuk berdiet.
9. Aku suka menonton kartun, semua cerita seram, psycho thriller, penyiasatan, cerite yang ade perempuan llawa and lelaki kacak yg cool. hehe.
10. Aku suke perempuan cantik. 
11. Aku seorang yang moody.
12. Kadang2x aku suka ketawa. 
13. Aku tembam.
14. Aku sudah bertunang dan akan berkahwin (insyaAllah) pada bulan Oktober 2015.
15. My significant other aku adalah seseorang yang bukan dalam jangkaan aku.
16. Bukan seorang yang lembut. tapi tidaklah terlampau kasar. huhu.
17. Aku suka menangguh kerja.
18. Bukan seorang pengemas.
19. Aku suka tengok gambar (pemandangan, artistik dll) thats why ade pinterest and google+.



the list goes on. whatever.


definitely not me :P